BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 8, 2011

::: AtaSi ReNdaH DiRi + KeSaN KeHeBataN DiRi+ BiNa YaKiN DiRi :::

...tatkala menyemak kembali modul yang ingin di lahirkan ,pena mula terfikir untuk terus berkongsi sedikit isi - isi dan input yang mungkin akan membantu kita dalam mengesan kehebatan diri...kali ini..tajuk yang berjaya memikat hati pena untuk di jadikan pengisian bersama ialah Atasi Rendah Diri + Kesan Kehebatan Diri + Bina Yakin Diri...perjalanan penulisan kali ini akan berbentuk santai namun di harapkan agar segala mesej yang ingin di sampaikan dapat memberi perubahan dalam memajukan diri ke arah yang lebih bermutu...
   ATASI RENDAH DIRI...rendah diri merupakan suatu bentuk fenomena yang sememangnya bermaharajalela dalam diri sejak azali lagi..jadi,berbekalkan semangat yang jitu..pena cuba untuk membantu anda untuk mengatasi permasalan ini..dalam membincangkan isu rendah diri..pena ingin berkongsi 3 aspek utama yang ingin di bawa dalam penulisan pena kali ini...
   1. APAKAH PARADIGMA SONSSANG ATAU TANGGAPAN SILAP TENTANG RENDAH   
       DIRI?
   2. APAKAH SEBENARNYA PUNCA-PUNCA RENDAH DIRI?
   3. BAGAIMANAKAH CARA YANG SESUAI UNTUK MENANGANI RASA RENDAH DIRI?
...sedikit persoalan,adakah anda bersetuju seandainya MALU itu merupakan VIRUS UTAMA dalam permasalahan rendah diri??di sini,ingin pena jelaskan bahawasanya malu itu tergolang dalam dua keadaan..PERTAMANYA,malu yang berada dalam pandangan POSITIF..KEDUANYA,malu yang membawa kepada aspek NEGATIF...positif dan negatif ini dimaksudkan dengan MALU BERTEMPAT..
hakikatnya,malu itu lumrah bagi setiap insan..rendah diri akan membawa kepada terbitnya rasa malu..suatu perkaitan intim yang sangat utuh..harus di kuatkan kembali bahawasanya, rendah diri itu bagus namun merendah-rendahkan diri itu tidak bagus sama sekali..
   drama dan perwatakan manusia di pentas kehidupan..suatu epilog yang subjektif untuk di utarakan..namun demi membantu anda mengatasi rendah diri..ingin sekali pena mengimbas kembali dialog yang sering dilontarkan oleh kita.." APA NAK BUAT,ALLAH DAH JADIKAN SAYA MEMANG BANYAK KEKURANGAN" "MEMANGLAH..SIAPALAH SAYA..." "APA NAK BUAT..MEMAMG SAYA DILAHIRKANN DALAM KEADAAN INI.." sedar atau tidak..itulah kita..sering bermain dengan perkataan-perkataan negatif yang boleh mematikan suis kejayaan..kesemua dialog diatas berpunca dengan rasa malu..namun..malu yang bagaimana??itu ialah malu tidak bertempat..malu yang negatif..
....suatu rahsia yang ingin dikongsikan bersama..KITA SAMA HEBAT TAPI TIDAK SERUPA...adakah kedudukan,kekayaan,kecantikan menjadi ukuran perbezaan antara kita??atau mungkin jantina?? menurut kajian amerika,anak perempuan jauh lebih yakin diri berbanding anak lelaki..melalui kajian ini,adakah anak lelaki perlu berdiam seakan akur dengan kenyataan kajian itu??TIDAK...sama ada lelaki atau perempuan,kita berpeluang untuk cemerlang..terus bertindak dan buktikan kegemilangan itu..secara rambangnya,ada yang beranggapan orang cantik,orang kacak itu punya keyakinan diri..tiada permasalahan dalam isu rendah diri..rahsianya,mereka ini memerlukan latihan..latihan apa??skill..skill bercakap..imej dan serba serbi..untuk menonjolkan diri bahawa mereka ini rupawan dan jelitawan..itu kuncinya..sekadar perkongsian,pena ingin menyatakan bahawasanya semua orang itu cantik..indah..namun apa yang membezakan kita ialah yakin diri..
   sedikit..pena ingin berkongsi 7 punca malu dalam diri:
   1. tidak mengenali diri
   2. fokus kepada kehebatan orang lain
   3. gagal pamer kehebatan diri
   4. latar belakang keluarga
   5. kegagalan yang lalu
   6. ingkar perintah ILAHI
   7. lebal diri yang negatif
...KEHEBATAN DIRI...apa yang harus dilakukan untuk menjadi INSAN HEBAT?? mulai saat ini..kita perlu mempamerkan kehebatan diri..bukan untuk riak atau berbangga-bangga..namun,untuk membina rasa yakin diri dan meningkatkan potensi diri..itu matlamatnya..bagaimana untuk mempamerkan kehebatan diri??rahsianya..KENAL DIRI...KENAL KEMAMPUAN DAN DAYA DIRI....kemudian..BERUSAHA KE ARAH ITU..harus di ingatkan..jangan terlalu gairah mengesan kemampuan diri sehinggakan terlupa memperbaikan kelemahan diri..apa yang kurang harus di perbetulkan..seperti dalam masakan..apa yang tidak manis ditambah gula..apa yang tidak masin di tambah garam..begitulah jua kita...sentiasa memperbetulkan kelemahan dan menaikan kehebatan yang di miliki...ISTIQOMAH..itulah kunci dalam kehebatan..jangan sedar hangat-hangat tahi ayam..
  hebat pada diri ini ada kaitannya dengan rendah diri..seandainya rasa rendah diri gagal di kawal,akan hilang rasa hebat pada diri...sekadar perkongsian bersama,malu itu orang tidak nampak..tiada satu orang yang akan perasan...jadi..jangan di hebohkan.."MAAF YE..SAYA PEMALU..."itu kelemahan..menyebarkan kelemahan diri namanya..jangan sesekali mengeluarkan kelemahan pada diri..sebaliknya berusahan mengeluarkan kehebatan,keyakinan dan bertindak positif..
  sedikit..pena ingin berkongsikan 7 petua menangani malu:
 1. kenal diri dengan mendalam
 2. doakan untuk yakin diri
 3. bergaul dengan orang positif
 4. cungkil bakat yang terpendam
 5.baiki penampilan diri
 6. bentuk penampilan diri
 7. kawal pemikiran dengan menukar lebal mental yang negatif kepada positif
....SKILL..itu yang perlu di cari dan di pelajari demi membina yakin diri..ubah diri kepada yang lebih baik dan berdedikasi..semua orang hebat..namun mengapa ada yang merasakan tidak hebat??jawapannya mudah..anda sering melihat kehebatan orang lain..merasakan orang itu hebat..sehingga tidak perasan akan kehebatan yang ada pada diri anda..itu silapnya..

  
"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."

   ...amalkan doa ini..I'Allah akan diberi kekuatan dan keyakinan pada diri...Amin~ tiada tempat yang selayaknya untuk kita memohon selainNYA..kita MANUSIA TERPILIH..kita mampu untuk memiliki apa yang sepatutnya kita miliki..KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN..itu hak anda..
    DIRI ANDA adalah ciptaan yang hebat..gabungan jiwa dan fikiran jua menghasilkan impak yang cukup hebat..oleh itu,kita hanya perlu melatih diri untuk menjadi hebat..THE POWER OF YOUR MIND...itu kehebatan yang cukup luar biasa..
...saya tidak boleh mengajar sesuatu kepada anda,tapi saya boleh membantu anda menemukan sesuatu dalam diri anda..tidak ada yang agung dalam  dunia ini selain manusia,dan tidak ada yang agung dalam diri manusia itu kecuali fikirannya...fikiran memiliki kekuatan seperti angin,tidak dapat dilihat,namun dapat dirasai kesannya...oleh itu,kuasailah fikiran anda,nescaya anda akan dapat memulakan segala yang anda inginkan dengan pemikiran tersebut..gerakkan diri anda untuk memiliki kejayaan...

sekian..perkongsian modul yang dapat di aplikasikan ke dalam penulisan pena pada kali ini..diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengejar impian yang di inginkan...
percaya diri..anda hebat!!!
salam kembara_sufi..

karya: kembara _ sufi
         ::08022011::

0 comments: