BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 8, 2011

::: AtaSi ReNdaH DiRi + KeSaN KeHeBataN DiRi+ BiNa YaKiN DiRi :::

...tatkala menyemak kembali modul yang ingin di lahirkan ,pena mula terfikir untuk terus berkongsi sedikit isi - isi dan input yang mungkin akan membantu kita dalam mengesan kehebatan diri...kali ini..tajuk yang berjaya memikat hati pena untuk di jadikan pengisian bersama ialah Atasi Rendah Diri + Kesan Kehebatan Diri + Bina Yakin Diri...perjalanan penulisan kali ini akan berbentuk santai namun di harapkan agar segala mesej yang ingin di sampaikan dapat memberi perubahan dalam memajukan diri ke arah yang lebih bermutu...
   ATASI RENDAH DIRI...rendah diri merupakan suatu bentuk fenomena yang sememangnya bermaharajalela dalam diri sejak azali lagi..jadi,berbekalkan semangat yang jitu..pena cuba untuk membantu anda untuk mengatasi permasalan ini..dalam membincangkan isu rendah diri..pena ingin berkongsi 3 aspek utama yang ingin di bawa dalam penulisan pena kali ini...
   1. APAKAH PARADIGMA SONSSANG ATAU TANGGAPAN SILAP TENTANG RENDAH   
       DIRI?
   2. APAKAH SEBENARNYA PUNCA-PUNCA RENDAH DIRI?
   3. BAGAIMANAKAH CARA YANG SESUAI UNTUK MENANGANI RASA RENDAH DIRI?
...sedikit persoalan,adakah anda bersetuju seandainya MALU itu merupakan VIRUS UTAMA dalam permasalahan rendah diri??di sini,ingin pena jelaskan bahawasanya malu itu tergolang dalam dua keadaan..PERTAMANYA,malu yang berada dalam pandangan POSITIF..KEDUANYA,malu yang membawa kepada aspek NEGATIF...positif dan negatif ini dimaksudkan dengan MALU BERTEMPAT..
hakikatnya,malu itu lumrah bagi setiap insan..rendah diri akan membawa kepada terbitnya rasa malu..suatu perkaitan intim yang sangat utuh..harus di kuatkan kembali bahawasanya, rendah diri itu bagus namun merendah-rendahkan diri itu tidak bagus sama sekali..
   drama dan perwatakan manusia di pentas kehidupan..suatu epilog yang subjektif untuk di utarakan..namun demi membantu anda mengatasi rendah diri..ingin sekali pena mengimbas kembali dialog yang sering dilontarkan oleh kita.." APA NAK BUAT,ALLAH DAH JADIKAN SAYA MEMANG BANYAK KEKURANGAN" "MEMANGLAH..SIAPALAH SAYA..." "APA NAK BUAT..MEMAMG SAYA DILAHIRKANN DALAM KEADAAN INI.." sedar atau tidak..itulah kita..sering bermain dengan perkataan-perkataan negatif yang boleh mematikan suis kejayaan..kesemua dialog diatas berpunca dengan rasa malu..namun..malu yang bagaimana??itu ialah malu tidak bertempat..malu yang negatif..
....suatu rahsia yang ingin dikongsikan bersama..KITA SAMA HEBAT TAPI TIDAK SERUPA...adakah kedudukan,kekayaan,kecantikan menjadi ukuran perbezaan antara kita??atau mungkin jantina?? menurut kajian amerika,anak perempuan jauh lebih yakin diri berbanding anak lelaki..melalui kajian ini,adakah anak lelaki perlu berdiam seakan akur dengan kenyataan kajian itu??TIDAK...sama ada lelaki atau perempuan,kita berpeluang untuk cemerlang..terus bertindak dan buktikan kegemilangan itu..secara rambangnya,ada yang beranggapan orang cantik,orang kacak itu punya keyakinan diri..tiada permasalahan dalam isu rendah diri..rahsianya,mereka ini memerlukan latihan..latihan apa??skill..skill bercakap..imej dan serba serbi..untuk menonjolkan diri bahawa mereka ini rupawan dan jelitawan..itu kuncinya..sekadar perkongsian,pena ingin menyatakan bahawasanya semua orang itu cantik..indah..namun apa yang membezakan kita ialah yakin diri..
   sedikit..pena ingin berkongsi 7 punca malu dalam diri:
   1. tidak mengenali diri
   2. fokus kepada kehebatan orang lain
   3. gagal pamer kehebatan diri
   4. latar belakang keluarga
   5. kegagalan yang lalu
   6. ingkar perintah ILAHI
   7. lebal diri yang negatif
...KEHEBATAN DIRI...apa yang harus dilakukan untuk menjadi INSAN HEBAT?? mulai saat ini..kita perlu mempamerkan kehebatan diri..bukan untuk riak atau berbangga-bangga..namun,untuk membina rasa yakin diri dan meningkatkan potensi diri..itu matlamatnya..bagaimana untuk mempamerkan kehebatan diri??rahsianya..KENAL DIRI...KENAL KEMAMPUAN DAN DAYA DIRI....kemudian..BERUSAHA KE ARAH ITU..harus di ingatkan..jangan terlalu gairah mengesan kemampuan diri sehinggakan terlupa memperbaikan kelemahan diri..apa yang kurang harus di perbetulkan..seperti dalam masakan..apa yang tidak manis ditambah gula..apa yang tidak masin di tambah garam..begitulah jua kita...sentiasa memperbetulkan kelemahan dan menaikan kehebatan yang di miliki...ISTIQOMAH..itulah kunci dalam kehebatan..jangan sedar hangat-hangat tahi ayam..
  hebat pada diri ini ada kaitannya dengan rendah diri..seandainya rasa rendah diri gagal di kawal,akan hilang rasa hebat pada diri...sekadar perkongsian bersama,malu itu orang tidak nampak..tiada satu orang yang akan perasan...jadi..jangan di hebohkan.."MAAF YE..SAYA PEMALU..."itu kelemahan..menyebarkan kelemahan diri namanya..jangan sesekali mengeluarkan kelemahan pada diri..sebaliknya berusahan mengeluarkan kehebatan,keyakinan dan bertindak positif..
  sedikit..pena ingin berkongsikan 7 petua menangani malu:
 1. kenal diri dengan mendalam
 2. doakan untuk yakin diri
 3. bergaul dengan orang positif
 4. cungkil bakat yang terpendam
 5.baiki penampilan diri
 6. bentuk penampilan diri
 7. kawal pemikiran dengan menukar lebal mental yang negatif kepada positif
....SKILL..itu yang perlu di cari dan di pelajari demi membina yakin diri..ubah diri kepada yang lebih baik dan berdedikasi..semua orang hebat..namun mengapa ada yang merasakan tidak hebat??jawapannya mudah..anda sering melihat kehebatan orang lain..merasakan orang itu hebat..sehingga tidak perasan akan kehebatan yang ada pada diri anda..itu silapnya..

  
"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."

   ...amalkan doa ini..I'Allah akan diberi kekuatan dan keyakinan pada diri...Amin~ tiada tempat yang selayaknya untuk kita memohon selainNYA..kita MANUSIA TERPILIH..kita mampu untuk memiliki apa yang sepatutnya kita miliki..KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN..itu hak anda..
    DIRI ANDA adalah ciptaan yang hebat..gabungan jiwa dan fikiran jua menghasilkan impak yang cukup hebat..oleh itu,kita hanya perlu melatih diri untuk menjadi hebat..THE POWER OF YOUR MIND...itu kehebatan yang cukup luar biasa..
...saya tidak boleh mengajar sesuatu kepada anda,tapi saya boleh membantu anda menemukan sesuatu dalam diri anda..tidak ada yang agung dalam  dunia ini selain manusia,dan tidak ada yang agung dalam diri manusia itu kecuali fikirannya...fikiran memiliki kekuatan seperti angin,tidak dapat dilihat,namun dapat dirasai kesannya...oleh itu,kuasailah fikiran anda,nescaya anda akan dapat memulakan segala yang anda inginkan dengan pemikiran tersebut..gerakkan diri anda untuk memiliki kejayaan...

sekian..perkongsian modul yang dapat di aplikasikan ke dalam penulisan pena pada kali ini..diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengejar impian yang di inginkan...
percaya diri..anda hebat!!!
salam kembara_sufi..

karya: kembara _ sufi
         ::08022011::

Monday, February 7, 2011

:::BeRani BeRmiMpi BeSaR:::

....di kala ini,pena amat tertarik dengan suatu tajuk iaitu "Berani Bermimpi Besar"...salah satu tajuk yang terkandung dalam modul sang pembelajar..namun..di kesempatan ini..pena ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu atau mungkin berbentuk perbincangan ilmiah sebagai perangsang perjalanan hidup seorang pengembara ilmu...
     tatkala pena berjalan melukir tajuk Berani Bermimpi Besar..pena mula terfikir..apakah modul kecil yang boleh dikaitkan bersama tajuk ini..jadi,suka sekali untuk pena mengaitkan tajuk kita kali ini dengan 3 tajuk kecil yang lain iaitu Berani Mencuba, Mencipta Impian dan Percaya Diri...suatu persoalan mula timbul di benak..mengapa perlu dikaitkan dengan 3 tajuk kecil itu??
....untuk lebih jelas dengan penulisan yang bakal di bawa oleh pena..mari pena terangkan sedikit rentak penulisan pena pada kali ini...Berani Bermimpi Besar...tajuk yang cukup hebat dan cukup kuat untuk di perbincangkan...pabila kita sudah berani untuk bermimpi besar..harus ada rasa berani mencuba..pabila datang rasa berani mencuba..akan timbul rasa untuk mencipta impian..dan kesemuanya memerlukan dan berkait kuat dengan rasa percaya diri...anda setuju??
   baiklah..akan pena sentuh satu demi satu elemen yang ingin pena sampaikan...sebelum melangkah ke suatu tahap yang lebih tinggi..ingin pena suarakan matlamat dan objektif utama mengapa perlu pena hasilkan tajuk ini...
     objektif utama:
  * untuk membina rasa percaya pada diri
  * untuk membina keyakinan pada diri
  * untuk memperjelaskan kembali matlamat diri
  * untuk memberitahu diri bahawasanya kita hebat
 matlamat dalam penghasilannya hanya satu...agar dapat memberi manfaat kepada semua dalam  mengejar misi dan visi ke gerbang kejayaan... 
.....kembali bersama pena dalam melakar episod Berani Bermimpi Besar..pertama kalinya..pena ingin membawa kalian kepada tajuk kecil kita yang pertama iaitu Berani Mencuba...atau bahasa jawanya Berani Mencoba..kata kunci yang ingin di kongsi ialah BERANI..lumrah manusia itu dilahirkan dalam keadaan berbagai emosi...namun..dalam situasi mengejar dan melakar impian..emosi dan rasa takut,gerun dan juga rendah diri perlu dilontarkan jauh sebelum impian hanya tinggal angan-angan semata-mata..jangan takut gagal sebelum mencuba..jangan takut jatuh sebelum melangkah..buang segala keraguan dan kebimbangan..hakikatnya kecemerlangan hanya milik kita yang berani mencuba..dalam perjalanan hidup ini..perkara yang mustahil hanya akan jatuh kepada siapa yang tidak berani untuk mencuba..atau mungkin kepada yang tidak pernah mencuba..TIDAK..5 huruf yang dikira sebagai perosak impian..sebagai contoh: "tidak..aku tidak mampu.." "tidak..aku tidak hebat.." tidak dan tidak...apakah sebenarnya yang terkandung dalam 5 huruf ini??sehinggakan setiap tutur kata perlu di mulai dengan tidak..ingin pena kuatkan dan jelaskan sekali lagi..jangan pernah kita berserah sebelum langkah bermula..
  tertarik untuk membawa suatu analogi ringkas...seorang mahasiswi...asalnya hanya insan biasa..namun diberi tugasan untuk melakukan suatu tugasan hebat ..iaitu..perlu menyertai suatu persidangan perdebatan antara universiti-universiti...suatu perkara yang perlu di jelaskan disini..debat bukanlah bidangnya...dia perlu berhadapan dengan pelajar-pelajar hebat yang lebih berpengalaman dalan dunia perdebatan..apakah risiko yang perlu dihadapi oleh mahasiswi hingusan ini??pertamanya..berhadapan dengan para cerdik pandai yang jauh lebih tinggi ilmunya..kedua..berhadapan dengan para pendebat yang jauh lebih hebat dan berpengalaman..ketiga..berhadapan dengan para penonton yang tergolong dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi luar negara..berat bukan??namun..rasa ingin mencuba terus membakar dirinya untuk maju dan berhadapan dengan kesemua risiko itu tanpa pernah menyatakan "TIDAK,AKU TIDAK MAMPU"
...secara puratanya..untuk BERANI MENCUBA perlu ada rasa yakin...perlu kuat menghadapi risiko yang sedang menanti..tidak boleh tidak,risiko adalah suatu fenomena yang perlu kita tempuhi...namun berbekalkan semangat berani mencuba..segalanya tidak lagi mustahil dan tidak lagi fantasi malahan suatu realiti yang nyata..
   skop yang seterusnya ialah Mencipta Impian...hakikatnya..semua dilahirkan dengan berbagai-bagai impian..sebagai contoh..seorang bayi sangat mengimpikan untuk terus berjalan dan berlari...ciptalah impian setinggi gunung...impian yang dicipta harus jelas dan bermatlamat..tiada yang mustahil bagi mencapai suatu nikmat dan impian...kerna peluang sentiasa terbentang luas bagi siapa yang memerlukannya..walau halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi..puncak kejayaan pasti akan di gapai dan di tawan..bukan sekadar suatu keinginan namun menjadi suatu kemestian..diri adalah kunci kepada segala bentuk kejayaan..magnet kepada titik permulaan kehidupan..kali ini pena ingin menekankan suatu bentuk risiko yang akan dihadapi tatkala impian ingin di gapai..HALANGAN DAN CABARAN..juga VIRUS PUTUS ASA...ketiga-tiga komponan ini merupakan ejen pelemah di kala impian ingin di tuju..
namun,berbekalkan semangat BERANI MENCUBA..kita akan mampu MENCIPTA IMPIAN...di celahan ini..pena ingin bertanyakan suatu persoalan yang sedang berlegar di benak ini..adakah menjadi suatu permasalahan seandainya kita mencipta puluhan atau mungkin ratusan impian??
  sedikit pendapat atau mungkin perkongsian yang ingin pena suarakan..secara rendah diri..pena berpendapat..tidak menjadi suatu permasalahan seandainya impian itu menjadi plural iaitu lebih dari satu..kerna apa??kerna..dalam menuju ke arah kemantapan kemajuan dan potensi diri..impian akan di jadikan perangsang agar apa yang di inginkan dapat digapai..namun harus dijelaskan sekali lagi..impian perlu bermatlamat agar jelas dan mudah untuk di gapai..
   kaedahnya amat mudah...jelaskan dan licinkan matlamat..berani mencuba..dan terus mencipta impian...sebelum terlupa..impian yang ingin digapai haruslah bersesuaian seiring dengan kemampuan diri...
.....seterusnya ialah PERCAYA DIRI...setuju atau tidak..PERCAYA DIRI ada kaitannya dengan POTENSI DIRI...kenyataan ini adalah fakta dan bukannya sekadar omongan kosong..ingin sekali pena bertanyakan kepada semua..SUDAHKAH ANDA MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP ANDA??adakah anda seperti seekor helang yang bertindak laku seperti ayam??meski dia seekor helang..sama sekali tidak pernah mencuba untuk terbang..mempersiakan potensi diri yang sememangnya hak milik seekor helang...tidak pernah mencuba untuk terbang..terus mengabaikan anugerah yang sememangnya di cipta untuk seekor helang...persoalan yang masih timbul..adakah anda juga berpewatakan seperti helang yang mempersiakan potensi diri??sehingga ke hari ini..mungkin anda merasakan bahawa anda telah melakukan yang terbaik dalam hidup anda..anda pasti??anda yakin??seandainya anda berpewatakan seperti helang itu..mempersiakan potensi diri..sudah berapa banyak peluang yang anda lepaskan???sejauh mana potensi diri yang telah anda sia-siakan??mempersiakan kebolehan diri begitu sahaja..tahukah anda betapa hebatnya diri anda??tahukah anda bahawasanya anda lebih hebat dari apa yang anda fikirkan??jadi..apa yang perlu anda lakukan...??terus berdiam tanpa menggunakan potensi yang ada??
    kini..pena kembali bersuara dengan nada yang tegas...ANDA PERLU BANGKIT DARI LAMUNAN...ANDA PERLU PERCAYA PADA DIRI...sedarlah..seandainya kita beranggapan bahawa komputer itu hebat..sebenarnya..kita jauh lebih hebat darinya..kehebatan yang luar biasa akan dapat di lahirkan seandainya wujud rasa percaya pada diri...untuk menerbitkan rasa percaya diri..perlu ada rasa yakin pada diri...tiada siapa yang mampu menggerakkan rasa itu melainkan diri sendiri..oleh itu..ayuh kita bangun..bina rasa yakin pada diri..terbitkan rasa percaya pada diri...tatkala ingin BERANI MENCUBA..akan timbul rasa untuk MENCIPTA IMPIAN..di saat impian mula di cipta..akan adanya rasa PERCAYA DIRI...
....dengan berbekalkan ketiga-tiga elemen itu..maka akan wujudnya suatu semangat yang luar biasa dalam menggapai sebuah kegemilangan iaitu..BERANI BERMIMPI BESAR.....binalah impian sebesar mungkin..kesan potensi diri..terus berani mencuba...bersama kita menggapai impian di medan kegemilangan..
  dikesempatan ini..pena berharap agar kita dapat memperjelas matlamat dan kembali bersemangat dalam menjalani hidup sebagai seorang pengembara ilmu...
   SIAPA HEBAT???SAYA..YA,SAYA HEBAT..terus maju melakar impian...bangkit dari lamunan..terus gigih mengejar impian..kita sahut cabaran..kita redah halangan...kita genggam kejayaan..
salam suksess..salam perjuangan...

karya:kembara_sufi
          ::08022011::

Saturday, February 5, 2011

~....inSpiRasi HiduP....~

...inspirasi..inspirasi hidup...tatkala berbicara mengenai inspirasi..kita akan mula tertanya-tanya..siapakah inspirasi hidup????oleh itu..sebelum pena melangkah untuk menulis dengan lebih jauh...inspirasi hidup merupakan topik atau kisah yang ingin di sentuh atau di coretkan buat santapan bersama...
    kisahnya bermula dengan terciptanya dua insan...dua insan yang amat disayangi...dua insan yang mengajar erti sebenar sebuah kehidupan...dua insan yang menjadi inspirasi hidup...tanggal 1992..lahirnya seorang puteri yang membawa cahaya kebahagiaan dalam kehidupan dua insan itu...anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang...sinar kebahagiaan terus mewarnai...MIRA..anak comel yang mewarnai hidup mereka...
    ketika itu..genap 3 tahun puteri mereka...semakin girang seorang ayah melayani kerenah anaknya..boleh di ceritakan..mira dan ayah terlalu rapat..jarang sekali mira berjauhan dari ayahnya...gelak tawa sering kedengaran..sesekali akan terdengar tangisan si anak tatkala di usik oleh ayah..seandainya ditinggalkan oleh ayah..pasti mira akan menangis teresak-esak...
   suatu hari...ketika ayah cuti..mira keluar bersama-sama ayah ke bandar..sementara ibu masih bekerja...seronak sekali mira tatkala ke bandar bersama ayahnya.."ayah..mira nak dukung.."mira sangat manja..maklumlah..belum beradik...
   selesai berjalan-jalan dibandar..mereka pulang.."mira..tunggu sebentar ya..ayah nak buka pagar..berkunci pulak..mira jangan usik apa-apa ya..ayah pergi sekejap saja..."mira mengangguk tanda dia mengerti kata ayahnya...mira tersenyum melihat ayah membuka pagar rumah...
   tiba-tiba..sedang ayah menuju ke kereta..kereta itu bergerak menuruni bukit rumah...ayah sangat terkejut dan berlari untuk menyelamatkan mira...ayah cuba menahan kereta dari terus berjalan..namun..takdir Ilahi..kereta telah melanggar ayah dan ayah terperosok di bawah kereta..."damm"bunyik yang kuat...nenek berlari keluar mencari bunyi itu..."Ya Allah..mira!!!!!!!"nenek  hairan..."mira..ayah mana???"mira terus menangis sambil menunjuk-nunjuk di bawah kereta..."Ya Allah...anak aku...!!!!!!Azman!!!!!"nenek berlari mendapatkan atuk...ambulance datang beberapa minit kemudian..mengeluarkan ayah yang parah dari bawah kereta...kelihatan mak di pagar rumah...terjelepok mak tatkala melihat ayah diusung ke dalam ambulance..nenek berlari memeluk mak...mira terus menangis seakan-akan trauma....atuk terus mendukung mira dan nenek memapah mak untuk bersama ambulance ke hospital...muka ayah berlumuran darah...mak seperti tidak bermaya melihat ayah...setibanya di hospital..ayah dikejarkan ke bilik bedah...beberapa jam kemudian..doktor keluar dan menyatakan bahawa ayah akan lumpuh seumur hidup kerana kecederaan tulang belakang yang amat parah..sekali lagi mak terjelopok ke lantai pabila mendengar berita itu...sejak hari itu..tiada lagi gurauan ayah...ayah terlantar dikatil..mak selalu cakap kepada mira.."mira..bukan salah mira...ini takdir Tuhan..ujian untuk kita.."mak..maafkan mira mak...
   mak tidak putus asa..walaupun hakikatnya ayah akan lumpuh seumur hidup..mak tetap percaya bahawa ayah akan berjalan semula..mak dan atuk berusaha bermacam-macam cara..memanggil orang urut..membuat pemegang untuk ayah berjalan..atuk selalu memapah ayah untuk berjalan..mak pula akan bangun awal pada setiap hari untuk memastikan ayah selese sebelum mak ke tempat kerja...kehidupan memang berubah ketika itu..namun kebahagiaan tetap bersinar..kala itu..mira hanya memerhatikan keadaan..sehingga mira berumur 5 tahun..ayah masih seperti itu..ayah selalu cakap dekat mira.."mira..susah kita nak cari orang yang boleh terima keadaan kita seadanya..saat senang di sisi..susah jua disisi..mira kena jaga mak kalau ayah sudah tiada.."menitis air mata mira mendengar kata-kata ayah..
  kini..usia mira menjangkau 19 tahun..ayah sudah boleh berjalan..sesekali mira terfikir..ayah marahkan mira??mira yang menyebabkan ayah seperti itu...ayah perlu berjalan dengan bantuan sehingga kini..gerak geri ayah terbatas..namun..ayah tidak pernah mengungkit..ayah tidak pernah menyalahkan mira pabila ada yang bertanya tentang kemalangan ayah...kadang-kadang..mira ada terdengar perbualan orang luar pabila bertemu ayah.."mira yang berada di dalam kereta ketika itu kan..mira yang menyebabkan kemalangan ini berlakukan Azman?"seperti biasa..ayah dan mak akan menjawab sambil tersenyum..."tidak..bukan salah mira..ini takdir..DIA ingin menguji..kita sebagai hamba..harus terima.."
   selama hampir 15 tahun ayah tidak bekerja dan mak pula terlalu tabah menjalani hari-hari yang mendatang...pengorbanan ayah untuk selamatkan mira amat besar..ketabahan mak menjalani hari-hari yang mendatang tanpa pernah mengeluh..mira amat mengagumi mak dan ayah..setiap kali mak dan ayah tidur..mira akan menatap wajah mereka...sambil mengalir air mata mengenangkan pengorbanan yang di lakukan oleh mak dan ayah..mira amat mengagumi mak..mak masih di sisi ayah walau apa keadaan sekali pun..kini..ayah semakin sihat..terpancar ketenangan di wajah mak tatkala ayah tersenyum dan tertawa...
mak..mungkinkah mira akan sekuat mak??menjalani dugaan dengan penuh tenang dan sabar..ayah..mungkinkah mira akan setabah ayah??kuat menghadapi ujianNYA..tanpa pernah menyalahkan mira..terima kasih mak..terima kasih ayah..tatkala mira mula berputus asa..mengingati pengorbanan dan kekuatan mak dan ayah menyebabkan mira kembali bangkit dan bersemangat..andai di beri kesempatan...mira ingin beri segala kebahagiaan untuk mak dan ayah..mira tidak akan pernah menyakiti mak dan ayah kerna bagi mira..cukuplah dengan apa yang di lalui oleh mak dan ayah selama ini..mira tidak akan izinkan sesiapa menyakiti mak dan ayah..
    jujur..mira malu..kadang-kadang..sukar untuk menyatakan .."mak ayah..i love u.."namun...antara malu dan sayang..sayang mira lagi kuat..i love u mak dan ayah merupakan perkataan yang rutin bagi mira..sehinggakan kadang-kadang pabila mira mula mengeluarkan perkataan i...mak dan ayah akan sambung...love u..we love u sayang...terima kasih mak ayah...
    mak..ayah..tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang paling mira sayang selain mak dan ayah...mak dan ayah..inspirasi mira...semangat mira...nyawa mira...terima kasih atas segalanya...Ya Allah..berikan aku kekuatan dan ketabahan sepertimana mak dan ayahku...
*.....sekian pena mencoret kisah inspirasi hidup..sejenak untuk kita berfikir..siapakah inspirasi hidup kita??sewajarnya,ibu bapa adalah inspirasi dalam hidup kita...seandainya ada inspirasi selain mereka..fikirkan...mengapa????mungkinkah kita akan mengerti erti sebuah kehidupan tanpa ibu dan ayah??..jadi..curilah sedikit masa untuk kita berfikir..inspirasi hidup...salam suksess dari kembara_sufi..*                                                     
 
cerpen:inspirasi hidup_kembara_sufi
                                                 
                                                                          
 

~...insan biasa...~

...dengan kasih dan sayangMU..aku mula merangka rencah kehidupan ini..dengan rahmat dan redhaMu..aku mula mengenal erti sebuah kehidupan...dengan adanya Allah di hati..aku terus melangkah dan merangka setiap titian hidup ini...
      ketika pena sedang rancak menulis...ketika itulah datangnya ilham bersama kasihMU...
....S.H.A.H.I.R.A.H....inilah dia seorang insan biasa....seorang insan yang amat tertarik hatinya tatkala membaca atau menyingkap artikel-artikel yang hebat...sesekali..terbisik dihati ini.."aku juga boleh menjadi seorang yang hebat seperti mereka..malahan mungkin lebih hebat..."azam dan semangat terus merangsangku untuk mula menulis..namun..di kala itulah aku berfikir..mampukah atau bolehkah aku untuk menulis???atau mungkin sekadar angan-angan kosong??
     hari demi hari...tekad dan azam terus membakar diri untuk mula menulis...dan hari ini...penaku telah mula melakar lirik-lirik perjuangan dan pengembaraanku untuk di kongsikan bersama...
....hidup ini cukup indah dan cukup mencabar..ada ketika keindahan dan cabaran yang di alami dan di rasai amat mudah untuk di ceritakan dan di sampaikan.. namun ada ketika..cabaran dan keindahan yang di alami itu terlalu sukar untuk di sampaikan dan di ungkapkan melalui tutur kata...lalu..disaat itu..pena amat diperlukan untuk menterjemah segala keindahan dan cabaran yang pernah dilalui...jadi..menulis adalah pilihan yang tepat untuk kita berkongsi makna sebuah kehidupan..
    tatkala menyentuh tentang indahnya hidup...terlintas di benak ini..benarkah aku faham erti sebenar sebuah kehidupan??soalan yang subjektif..jawapannya??jawapannya juga subjektif...
...sebuah kehidupan yang sebenarnya akan dapat dirasai pabila ALLAH selalu dihati..kehidupan yang di dalamnya sentiasa di penuhi rasa kasih dan sayang sesama insan...MAK dan AYAH...dua insan yang benar-benar mengajarku erti sebuah kehidupan...dua insan yang benar-benar mengajarku erti kasih dan sayang..dua insan yang menjadi INSPIRASI hidupku...
    insan biasa ini...akan terus bersama pena untuk melakar rangka-rangka kehidupan dan cabaran dalam menggapai impian...MENUJU PUNCAK..IMPIAN DIHATI..BERSAMA PENA INI..SEGALANYA AKAN DI REALISASI...
....dengan bersaksikan cahaya kasihMU...pena ini akan terus melangkah mewarnai hidup agar lebih bererti....